Unboxing Kit Robotik (Sekolah Rendah)

10 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan unboxing kit robotic bagi Sekolah Rendah. Penyertaan seramai 2 orang iaitu peserta Tahap 1 dan Tahap 2. Objektif utama unboxing tersebut diadakan supaya peserta dapat mengenalpasti barang-barang yang akan digunakan untuk membuat robotic dan robot sumo. Hal ini dikatakan demikian juga supaya dapat memperkenalkan peserta kepada dunia teknologi dan inovasi. Selain itu juga, pelajaran ini penting kerana dapat memberi pendedahan awal teknologi kepada peserta dengan cara yang menyeronokkan. Seterusnya, pembelajaran seperti berikut dapat meningkatkan kemahiran yang sesuai untuk melatih daya kreativiti dan kemahiran teknologi dari usia muda.

Peserta berasa sangat teruja kerana dapat membuat unboxing kit robotic kerana mereka dapat memegang sendiri peralatan-peralatan didalam kotak untuk mengenalpasti alat-alat tersebut dengan baik. Dengan itu mereka berasa lebih seronok untuk belajar dalam bidang ini supaya dapat menyertai pertandingan-pertandingan yang akan diadakan oleh pihak tertentu. Oleh itu, dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan awal tentang dunia teknologi supaya peserta dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali